Farah Nadiah

Jgn bising.

Saturday 31 December 2011

Dead.

Okaaaaaaaaaaaaaay. I rather die than jejakkan kaki ke smkkd10. Nysa Ain and I, all dah plan nak get the hell out from there. too many sluuuuts detected. and the school is boring lololol. plus there is nothing left for us, you know what i mean. nothing. zero. none. everyone dah decide nak masuk sekolah teknik if kena reject by sbp and mrsm. but the heck guys. I thought permohonan ke sekolah teknik boleh dibuat bila bila masa je, after result pmr. but cehhhhhh. tarikh tutup 19th disember. kill me. i hate sluuuts omg. please. let me get what i want this time. haihhhh i dont deserve this shitty school whoooops. i am a good girl seriously. but whyyyyy. whyyyyy. uhhh i will stop questioning you God, you know what's best for me. so yeahhhh. but whhyyyyyyyyyy God whyyyyyy.

Ohhhhhhhhh good news, my aunt mengajar di sekolah bestari di Ipoh. Walaweh Ipoh mali !

Bigfoot





You know what, it's a big deal bila your size kaki is hell besar okay, too many perfect shoes I had to pass. Total money yang telah dibelanjakan hari ni ialah sebanyak RM111.45 ye puan puan. Ahahahahks! Chaw omg excitednyew lolololol. HAPPY NEW YEAR LOSERS!

Wednesday 28 December 2011

Fun Things To Do After PMR bullshit

  1. lepak hari hari di e@curve
  2. lepak @Vampire's deadhouse making cookies cupcakes pancakes and stuff
  3. Go green into the kd10 jungle
  4. eating prosperity beef burger :o
  5. setiap hari tengok new movies dekat wayang
  6. learn French
  7. watching blockbuster movies dekat 413 
  8. texting
  9. Forever 21 tengah sale 70%
  10. Dengar cerita Padini pun ada sale


Antara kekangan untuk melakukan aktiviti aktiviti yang disenaraikan di atas

  1. duit takde
  2. mak ayah Ain ada kat rumah
  3. Jason tknk masuk jungle. Tkda komitmen bahaha
  4. duit takde
  5. oh duit ada, kawan takde
  6. Takda masa nak pegi Popular to buy the book
  7. nope. cerita semua lame.
  8. only with my girlfriends ;[ well i can live with that :@
  9. Duit RM76 cukup untuk beli bracelet je
  10. Lihat sebab nombor 9

Monday 26 December 2011

Mission Success!

Hadiah 8A PMR trololol

Saturday 10 December 2011

It's 5 o'clock in the morning

Hari demi hari
Aku menantikan kehadiran kau
Jam demi jam aku menunggu kau di atas talian
Minit demi minit aku terbayang-bayangkan wajah kau
Saat demi saat aku mendengar suara kau
Adakah aku terlintas di minda engkau?

Jam berdetik tidak berhenti
Katil besi memanggil manggil
Bantal empuk menanti dakapan
Si dara yang sedang online.

Telefon berdering
Adakah si ibu yang memanggil?
Risaukan anak yang sakit
Oh aku salah sama sekali
Hanya si lelaki Melayu yang ingin
Membuang masaku bercakap tentang
Hidupnya.

Sepetang yang tidak bermakna
Tiada khabar berita dari sahabat sana
Adakah mereka tidak ada rasa rindu
Terhadap insan yang lemah ini?

Bangun pagi rasa cemerlang
Kerana dengan gigihnya aku gosok gigi
Hingga berkilat walaupun menggigil tahap gaban
Aku tetap tabah menghadapi cabaran.

Petang yang sunyi dan redup
Menonton filem When In Rome
Tiba tiba kedengaran bunyi enjin kereta lama
Tayar botak diseret seret
Ku buka pintu kayu
Oh si kekanda yang jauh di Bangi udah pulang!
Ku nantikan dengan sabar
Akhirnya
Kelihatan jua beg hitam berisi laptop Compaq
Yang ku nantikan setelah berdekad lamanya

Tidak bersedia tidak membaca
Esok penentunya
Ujian jadah kecenderungan MRSM
Perlukah? Haruskah aku membakar lilin hanya kerana
sepasang subjek Sains dan Matematik?
Aku tertanya tanya
Akhirnya
Aku rasa kau tahu apa yang aku lakukan
Ya. Aku tidak membaca. Dan aku bangga.
Oh tidak. Aku salah. Kau juga salah wahai insan munafik!
Setibanya aku disana
Selangkah kaki aku berjalan menuju pentas benua
Terbentang luas sawah padi
Ok jadah
Terlihat luas segerombolan anak anak muda
Tidak ku kenal nama mereka. Tidak pula aku bertanya
Mata tercari cari
Si sahabat yang belum tiba
Agaknya dia masih lagi di masjid
Mendengar khutbah oleh sang khatib
Tangan bergegar tidak pula berpeluh
Mata masih mencari
Terlihat pula si pemuda bersama ibunya
Kelihatan comel pemuda itu.
Tiba tiba muncul perasaan yang bergetar
Perasaan yang selama ini  aku tolak
Perasaan yang bakal mencetuskan huru hara dalam hidupku
Adakah ini benar?
Ku jejakkan kaki ke makmal komputer
Dengan penuh keazaman,
Aku ingin menjadi warga kebanggaan maktab ini
Ya, perasaan itu benar sekali
Perasaan ingin menakluk segulung ijazah
Rasa rasanya segalanya akan bermula disini
InsyaAllah

Habis diselongkar segala barang
Bak tikus yang mencari makanan
Tapi bukanlah makanan yang dicari
Tapi harta yang julung julung kali dijumpai
Rakan sudah memanggil manggil
Bertanyakan tentang esok hari
Dengan mudah aku berkata 'No money no out'
Tapi hidup harus diteruskan
Perancangan yang disediakan berbulan awalnya
Tidak akan disia siakan hanya kerana poket kosong
Akhirnya
Aku menoleh pantas ke arah tabung bergambarkan
Puteri puteri Disney
Inilah pilihan terakhir ku
Syiling syiling yang dikumpulkan
Hasil kudrat selama lebih setahun
Dirangkul kemas ke pinggangku.
Akhirnya
Setelah berkali kali mengira
Cukup! RM75+
Lantas ku ambil henfon ibuku
Tidak menunggu lama
Takkan aku membuang masa
setelah ku jumpa setabung kupang kupang emas!
Mesej ditaip dengan laju
Jari jari kecil ini sangat aktif menari nari di pad kekunci
Mesej nya berbunyi;
"ALERT: Duit hasil tabungan telah pun cecah RM75+
sesiapa yang ingin berhibur dengan ku sila lah
roger roger dan minta kerjasama sediakan tarikh yang tepat."
Tanpa penat lelah, jari lantas mengklik
Send to many.

Jam menunjukkan pukul 11 malam
Tanpa melengahkan masa, sebuah keluarga
menuju ke kota yang megah di mata dunia
Hendak mencuci mata katanya
Oh tidak. Tidak disangka sangka pada malam itu
jalan sesak dengan kenderaan berpacuan empat roda
Aduhai aku ternampak pula kereta berpacuan lima roda tadi!
Tidak ku pedulikan apa yang mata ini nampak tadi
Mungkin aku hanya berhalusinasi.
Tersekat terjerumus terperangkap di jalan raya
Rasa bosan menebal di jiwa
Di tengah tengah kesesakan itu, kelihatan satu dua tiga
Tiga! Kereta mewah
Satu Ferrari, satu Lamborghini, satu lagi lupa pula
Alangkah bangganya jika aku dapat memandu...
Ahh! Lupakan saja! Aku masih muda.
Banyak lagi harus dikejar
Tapi telah kusematkan di dada ini
Satu hari nanti
Kau akan lihat aku
Memandu ke pasar ikan
Bersama si Lamborghini!

Saturday 26 November 2011

Friendship is Awfully Beautiful


Kita mulakan post pada hari ini dengan sekeping gambar. Jelas tergambar di gambar tersebut sepasang kasut All Star bersaiz 6 dan kelihatan lusuh. Hm kemungkinan besar tapak kasut tersebut sudah pun haus ya puan-puan. Mungkin dengan memberinya sebotol air Mountain Dew akan menghilangkan kehausannya ya puan-puan. 

Sape nampak logo Mcd, tolong angkat burger anda. Dan pos laju burger anda ke rumah saya. Saya setia menunggu ;)

Inilah dia Farrah Nisa bt Mahsin =] Perkenalan yang tidak diduga di kelas 6 Azam tahun 2008 telah mencetuskan bibit-bibit cinta diantara mereka. Disebabkan kebaikan dan ketelusan hati si gadis berbaju kuning ini, telah menjadi faktor utama si gadis hensem yang berbaju putih berbelang biru itu terjatuh hati. Mula-mula bertentang mata, lama-lama jatuh ke jiwa.  Kami disini sentisa mengharapkan yang terbaik buat kedua-dua mempelai yang sudah pun diijab kabulkan di Masjid Kuning Kota Damansara dengan jayanya. 
Sr8 No H8


Haa ini pulak, bini nombor 2 ayang =] Takpayah nak bercerita panjang lah. Nanti ada bini I nombor 1 terasew hati pulok doh. LOLOLOL


Ini adalah kenangan yang terindah buatku. Sebab? Naik bas awam buat kali yang pertama! LMAO Finally. Terjumpa pulak Housen dalam bas tu =D



Kenyang dehhhh! Makan rice bowl + ayam nya lagi fuhhh.

Fokus kat bibir ya puan-puan.



Sape buat camera pecah sbb sorok dalam beg yang sempit dengan buku teks Tingkatan 3 angkat tangan? Itulah adik oii, lain kali kalau kecut sangat takut kantoi takut cikgu nampak, jangan bawak deh.

Fuhlamak Aidy.
Pontianak detected

I M I S S Y O U G E G I R L S



Semua dah hot sekarang. Semua dah besar dan lebar dan licin sekarang. Wooops. Ada yang buat benda jahat belakang aku tanpa aku sedar. Last-last bila aku dah sedar, hm hilang respect aku pada kau, kawan. Sape rindu nak buat lawak pasal sinar, angkat tangan?


Quack quack... Quack quack...

Look at her! Chilling in the pool like she owns it!





@Acop anak Ayop kedai Chicken Chop

Sape nampak Ain angkat tangan.

Sape rajin nk tolong bukak lampu angkat tangan.


Najmi, kita takdalah sebulu seotak sehaluan sangat. Tapi, hm kau antara kawan yang paling jujur pernah aku kenal. Aku harap sangat kau akan kahwin dengan perempuan ituuuu =]


Pris, hahaha. Kita selalu terserempak pagi-pagi pukul 6.45 camtu. Dah alang-alang terserempak, jalan je lah together ke sekolah kan. Hm awkward. I sedar sepanjang perjalanan kita untuk ke sekolah tu, tak banyak topik yang hendak dibualkan. Kalau ada topik pun, pasal reunion 6Azam, pasal Zul Kassim, pasal homework dah siap ke belum. Akhirnya, we both end up jalan laju-laju supaya cepat sampai ke destinasi. Hm 



Bangga la dia pegang bahu kau? -___-



Forevar Ano edisi 3700
Ano, befriend with you, is the best damn thing. You are my sunshine. You give me so much inspiration. Kau buatkan aku gemar sekali tengok  Joker main violin lagu Canon Rock. Hihihi I believe that one day, that pretty girl inside you will shine @Broadway oneday.  Itupun kalau kita berdua sama-sama berhijrah ke N E W Y O R K ! Make that happen Ain!


Berikut adalah antara si lelaki yang paling menyerlah pada hari tersebut. OMG OMG OMGAWDD!!!! Rasa excited macam tangkap gambar dengan Jared Leto. Aik 

Jejantas yang menghubungkan taman kuning dengan sekolah terhebat kita. Friendship antara aku dengan si jejantas bermula pada hari kedua persekolahan aku tingkatan 1. Hari pertama? Mak hantarrr. Aku akan sentiasa mengingati penat lelah aku naik turun naik turun kau wahai jejantas. Perkenalan kita sudah pun melebihi 1000 hari. Kau telah mengajar ku supaya jangan bawak buku banyak-banyak supaya taklah aku terasa beban sangat nak panjat tangga yang menggunung tu. Kau juga mengajar aku untuk rasa malu supaya tidak melintas jalan raya yang sibuk itu. *bahahaha k ni tipu. sejak akhir-akhir sekolah ni, aku sering aje melintas jalan sibuk itu like a boss. Aku mengharapkau kau agar terus berdiri gagah kerana dengan kegagahan kamu itu akan menjamin kelangsungan hidup generasi-generasi selepas aku. Yelah, mana taknya, kalau kau tidak wujud wahai jejantas, sudah tentulah jalan raya yang menyibuk itu akan memakan setiap satu generasi ku. Aku akan sentiasa merindui mu wahai jejantas. Aku tahu dan yakin kau akan sentiasa menantikan kepulangan ku. Oh kau lah erti cinta sebenar!

Ezlan, akak harap sangat akak dapat sambut birthday sama-sama dengan ezlan tahun depan =) Ew bapak geli

From left: Pontianak yang sedang sibuk dengan Pontianak Harum Sengal Malam, Farah Nadiahensem, Akak Farah Aida yg kini di UiTM kot, kak Farrahnisa yang  kini berada nun jauh di perantauan- di tanah Jawa sana!
Ituuu dia bini Luqman! 
Tengok tangan aku. Amboi ceqq tak sabaq naq kawin naaa.

Kalau boleh everyday kita nk lepak mcd kan Sab?


Ain. I demand you to bite me now with your fangs so I can be a vampire and live happily ever after with you xxxx
Sape bagi bear ni angkat tangan.

Sape buat spaghetti angkat tangan. Rumah sape ni angkat tangan.

Botol purple sape tu angkat tangan. Botol biru ada kartun panda sape punya angkat tangan. Sape buat beg aku terputus angkat tangan -_______-



C'mon madam! Mengaku je lah aku kurus! 

Sape tangkap gambar ni sila angkat tangan.

Sape rasa bontot bedol cute angkat dahi. Sape rasa najmi  tengah **** angkat *****
Sape rasa Nurfarah Nadiah Abd Hamid paling cantik, paling kaya, paling hensem, paling baik, paling romantik, paling kuat tidur, paling kuat makan, paling rajin, paling akan berjaya dalam hidup, sila angkat tangan!


Ummmmmph!