Farah Nadiah

Jgn bising.

Saturday 31 December 2011

Dead.

Okaaaaaaaaaaaaaay. I rather die than jejakkan kaki ke smkkd10. Nysa Ain and I, all dah plan nak get the hell out from there. too many sluuuuts detected. and the school is boring lololol. plus there is nothing left for us, you know what i mean. nothing. zero. none. everyone dah decide nak masuk sekolah teknik if kena reject by sbp and mrsm. but the heck guys. I thought permohonan ke sekolah teknik boleh dibuat bila bila masa je, after result pmr. but cehhhhhh. tarikh tutup 19th disember. kill me. i hate sluuuts omg. please. let me get what i want this time. haihhhh i dont deserve this shitty school whoooops. i am a good girl seriously. but whyyyyy. whyyyyy. uhhh i will stop questioning you God, you know what's best for me. so yeahhhh. but whhyyyyyyyyyy God whyyyyyy.

Ohhhhhhhhh good news, my aunt mengajar di sekolah bestari di Ipoh. Walaweh Ipoh mali !

Bigfoot





You know what, it's a big deal bila your size kaki is hell besar okay, too many perfect shoes I had to pass. Total money yang telah dibelanjakan hari ni ialah sebanyak RM111.45 ye puan puan. Ahahahahks! Chaw omg excitednyew lolololol. HAPPY NEW YEAR LOSERS!

Wednesday 28 December 2011

Fun Things To Do After PMR bullshit

  1. lepak hari hari di e@curve
  2. lepak @Vampire's deadhouse making cookies cupcakes pancakes and stuff
  3. Go green into the kd10 jungle
  4. eating prosperity beef burger :o
  5. setiap hari tengok new movies dekat wayang
  6. learn French
  7. watching blockbuster movies dekat 413 
  8. texting
  9. Forever 21 tengah sale 70%
  10. Dengar cerita Padini pun ada sale


Antara kekangan untuk melakukan aktiviti aktiviti yang disenaraikan di atas

  1. duit takde
  2. mak ayah Ain ada kat rumah
  3. Jason tknk masuk jungle. Tkda komitmen bahaha
  4. duit takde
  5. oh duit ada, kawan takde
  6. Takda masa nak pegi Popular to buy the book
  7. nope. cerita semua lame.
  8. only with my girlfriends ;[ well i can live with that :@
  9. Duit RM76 cukup untuk beli bracelet je
  10. Lihat sebab nombor 9

Monday 26 December 2011

Mission Success!

Hadiah 8A PMR trololol

Saturday 10 December 2011

It's 5 o'clock in the morning

Hari demi hari
Aku menantikan kehadiran kau
Jam demi jam aku menunggu kau di atas talian
Minit demi minit aku terbayang-bayangkan wajah kau
Saat demi saat aku mendengar suara kau
Adakah aku terlintas di minda engkau?

Jam berdetik tidak berhenti
Katil besi memanggil manggil
Bantal empuk menanti dakapan
Si dara yang sedang online.

Telefon berdering
Adakah si ibu yang memanggil?
Risaukan anak yang sakit
Oh aku salah sama sekali
Hanya si lelaki Melayu yang ingin
Membuang masaku bercakap tentang
Hidupnya.

Sepetang yang tidak bermakna
Tiada khabar berita dari sahabat sana
Adakah mereka tidak ada rasa rindu
Terhadap insan yang lemah ini?

Bangun pagi rasa cemerlang
Kerana dengan gigihnya aku gosok gigi
Hingga berkilat walaupun menggigil tahap gaban
Aku tetap tabah menghadapi cabaran.

Petang yang sunyi dan redup
Menonton filem When In Rome
Tiba tiba kedengaran bunyi enjin kereta lama
Tayar botak diseret seret
Ku buka pintu kayu
Oh si kekanda yang jauh di Bangi udah pulang!
Ku nantikan dengan sabar
Akhirnya
Kelihatan jua beg hitam berisi laptop Compaq
Yang ku nantikan setelah berdekad lamanya

Tidak bersedia tidak membaca
Esok penentunya
Ujian jadah kecenderungan MRSM
Perlukah? Haruskah aku membakar lilin hanya kerana
sepasang subjek Sains dan Matematik?
Aku tertanya tanya
Akhirnya
Aku rasa kau tahu apa yang aku lakukan
Ya. Aku tidak membaca. Dan aku bangga.
Oh tidak. Aku salah. Kau juga salah wahai insan munafik!
Setibanya aku disana
Selangkah kaki aku berjalan menuju pentas benua
Terbentang luas sawah padi
Ok jadah
Terlihat luas segerombolan anak anak muda
Tidak ku kenal nama mereka. Tidak pula aku bertanya
Mata tercari cari
Si sahabat yang belum tiba
Agaknya dia masih lagi di masjid
Mendengar khutbah oleh sang khatib
Tangan bergegar tidak pula berpeluh
Mata masih mencari
Terlihat pula si pemuda bersama ibunya
Kelihatan comel pemuda itu.
Tiba tiba muncul perasaan yang bergetar
Perasaan yang selama ini  aku tolak
Perasaan yang bakal mencetuskan huru hara dalam hidupku
Adakah ini benar?
Ku jejakkan kaki ke makmal komputer
Dengan penuh keazaman,
Aku ingin menjadi warga kebanggaan maktab ini
Ya, perasaan itu benar sekali
Perasaan ingin menakluk segulung ijazah
Rasa rasanya segalanya akan bermula disini
InsyaAllah

Habis diselongkar segala barang
Bak tikus yang mencari makanan
Tapi bukanlah makanan yang dicari
Tapi harta yang julung julung kali dijumpai
Rakan sudah memanggil manggil
Bertanyakan tentang esok hari
Dengan mudah aku berkata 'No money no out'
Tapi hidup harus diteruskan
Perancangan yang disediakan berbulan awalnya
Tidak akan disia siakan hanya kerana poket kosong
Akhirnya
Aku menoleh pantas ke arah tabung bergambarkan
Puteri puteri Disney
Inilah pilihan terakhir ku
Syiling syiling yang dikumpulkan
Hasil kudrat selama lebih setahun
Dirangkul kemas ke pinggangku.
Akhirnya
Setelah berkali kali mengira
Cukup! RM75+
Lantas ku ambil henfon ibuku
Tidak menunggu lama
Takkan aku membuang masa
setelah ku jumpa setabung kupang kupang emas!
Mesej ditaip dengan laju
Jari jari kecil ini sangat aktif menari nari di pad kekunci
Mesej nya berbunyi;
"ALERT: Duit hasil tabungan telah pun cecah RM75+
sesiapa yang ingin berhibur dengan ku sila lah
roger roger dan minta kerjasama sediakan tarikh yang tepat."
Tanpa penat lelah, jari lantas mengklik
Send to many.

Jam menunjukkan pukul 11 malam
Tanpa melengahkan masa, sebuah keluarga
menuju ke kota yang megah di mata dunia
Hendak mencuci mata katanya
Oh tidak. Tidak disangka sangka pada malam itu
jalan sesak dengan kenderaan berpacuan empat roda
Aduhai aku ternampak pula kereta berpacuan lima roda tadi!
Tidak ku pedulikan apa yang mata ini nampak tadi
Mungkin aku hanya berhalusinasi.
Tersekat terjerumus terperangkap di jalan raya
Rasa bosan menebal di jiwa
Di tengah tengah kesesakan itu, kelihatan satu dua tiga
Tiga! Kereta mewah
Satu Ferrari, satu Lamborghini, satu lagi lupa pula
Alangkah bangganya jika aku dapat memandu...
Ahh! Lupakan saja! Aku masih muda.
Banyak lagi harus dikejar
Tapi telah kusematkan di dada ini
Satu hari nanti
Kau akan lihat aku
Memandu ke pasar ikan
Bersama si Lamborghini!